Lipas, semut, anai-anai dan tikus merupakan haiwan dan serangga perosak yang sudah biasa dihadapi oleh rakyat Malaysia di rumah.
Kehadiran serangga dan haiwan perosak sememangnya mengganggu kehidupan harian kita.
Jika sempat mengetahui kedatangan mereka pada peringkat awal, mungkin anda dapat selamatkan barangan rumah.
Tapi, jika terlambat, kemungkinan barangan dan harta benda di rumah rosak lebih tinggi.
Jadi, jom kami kongsikan cara mengenali serangan serangga perosak dan cara mengawal serangan perosak.
Tanda-tanda Serangan Serangga Perosak
1. Najis serangga
Najis serangga merupakan tanda jelas serangga telah bersarang atau berkeliaran di kawasan rumah anda.
Ia boleh menjadi sukar untuk mengenalpasti jenis serangga yang bersarang melalui najisnya, tapi ia selalu disamakan dengan najis tikus.
Tapi, apa yang pasti, sebaik saja anda seringkali terjumpa najis haiwan atau serangga, maknanya ada yang bersarang di rumah anda.
2. Kerosakan harta benda
Kerosakan harta benda akibat bekas gigitan juga merupakan tanda jelas ada diserang serangga perosak.
Bukan sahaja di perabot kayu, ini juga boleh terjadi kepada barangan elektrikal, terutamanya di bahagian wayar.
Jika anda menjumpai tiub lumpur, itu merupakan sarang anai-anai.
Tanda lain juga apabila terdapat serangga masuk dalam bekas makanan dan seringkali situasi begini jadi di tempat yang sama.
3. Sarang
Menjumpai sarang yang dibuat oleh serangga perosak juga adalah salah satu bukti jelas serangga perosak sudah menduduki kawasan rumah anda.
Serangga seperti tebuan, lebah dan semut senang dijumpai dan dikenalpasti.
Tetapi, sarang tikus agak sukar untuk dijumpai dan dikenalpasti kerana ia selalu bersarang di lompang siling dan dibawah atau barangan bersepah atau semak di almari.
4. Bau busuk
Bau busuk juga indikasi kepada serangga perosak.
Dengan haiwan perosak seperti tikus, ia senang dikenalpasti dan disamakan dengan bau amonia seperti bau kencing.
Manakala, lipas lebih dikenali dengan bau seperti minyak atau gris busuk.
Kepentingan Kawalan Serangga Berkala
1. Menjaga kesihatan sejagat
Kalau anda beri perhatian dalam kebanyakan kelas sejarah, banyak sejarah terdahulu di mana kebanyakan populasi lenyap akibat serangga perosak.
Maknanya, perkara ini tidak tak mustahil untuk berlaku, walau dalam populasi kecil sekalipun.
Kebanyakan serangga dan haiwan perosak seperti tikus, lipas, nyamuk dan banyak lagi mempunyai keupayaan untuk menyebarkan penyakit berbahaya.
2. Melindungi harta benda dari rosak
Bukan sahaja berbahaya untuk manusia, tapi barangan di rumah anda lebih senang rosak akibat serangga dan haiwan perosak.
Anai-anai adalah salah satu serangga perosak yang suka merosakkan perabot kayu. Malah, serangan anai-anai sering sukar dikenalpasti. Ada yang mengambil masa bertahun untuk kenalpasti.
3. Melindungi makanan dari rosak
Seringkali makanan boleh dan cepat rosak akibat serangan serangga seperti semut.
Jadi, pengawalan serangga perosak secara berkala membolehkan situasi seperti ini dielakkan.
4. Bebas stress
Bebas serangga = rumah tanpa stress!
Siapa saja yang tak senang duduk jika mengetahui serangga perosak tinggal bersama-sama di rumah?
Semestinya anda akan kurang selesa dengan bauan serangga dan haiwan perosak.
Jadi, dengan pengawalan dan penghindaran serangga perosak secara berkala, anda tidak perlu hidup dengan stress mengenai serangga perosak.
Baca juga: Cleaning Service in Workplace: Why It’s Important
Cara Mengawal Serangan Perosak
1. Pastikan persekitaran bersih
Keadaan rumah yang bersepah dan berbau mengundang serangga perosak menghuni rumah anda.
Jadi, pastikan perabot dan barangan rumah tersusun dan bersih. Selain itu, lap tumpahan dan cuci sisa-sia makanan di meja, sekitar dapur mahu pun lantai sehingga bersih.
Sampah jangan tunggu sampai penuh baru dibuang. Jika sisa yang dibuang adalah isi perut ikan atau susah barang basah, buang segera dan secara kerap.
Tong sampah juga perlu ditutup setiap masa supaya tidak menjadi punca penarik serangga perosak.
Dengan memastikan persekitaran di dalam dan luar rumah, barulah selesa untuk diduduki tanpa perlu risau tentang lipas, semut dan tikus.
2. Racun perosak
Racun perosak adalah salah satu cara yang efektif untuk mengawal pelbagai jenis serangga perosak.
Walau ia bagus, banyak juga drawbacks, terutamanya kepada diri anda.
Ini kerana pendedahan bahan kimia racun perosak boleh membahayakan kesihatan diri, keluarga dan haiwan peliharaan.
Sebab itu semasa menggunakannya, anda perlu teliti betul-betul arahan penggunaan racun ini.
Jika racun perosak biasa boleh memudaratkan kesihatan, anda boleh bertukar kepada racun perosak organik.
Walau ia tidaklah se-efektif racun perosak kimia, ia merupakan salah satu alternatif yang berguna.
Jadi, cuba gunakan pada awal peringkat serangan serangga perosak sebelum ia menjadi teruk.
3. Pengasapan
Kaedah biasa ini sangat baik untuk menghapuskan perosak di rumah pada semua peringkat kitaran hayat mereka.
Walau bagaimanapun, untuk pengawalan berkesan, rumah anda mesti ditutup atau diselubung sekurang-kurangnya 24 jam.
Adalah penting untuk memahami bahawa proses pengasapan mungkin memerlukan beberapa sesi untuk menangani masalah perosak anda, yang boleh menyebabkan gangguan yang ketara kepada rutin harian anda.
4. Umpan
Umpan adalah pendekatan yang lebih khusus dan disasarkan untuk mengawal perosak untuk orang yang sensitif terhadap bahan kimia.
Mengumpan juga merupakan kaedah kos rendah untuk mengurangkan bilangan perosak tersembunyi di sekitar rumah dengan ketara.
Stesen umpan membenarkan racun dibendung dan mengurangkan risiko pendedahan racun kepada orang di rumah.
Tetapi, diingatkan umpan berbahaya di rumah kepada haiwan peliharaan dan kanak-kanak kecil, jadi ambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu jika anda memutuskan untuk menggunakan langkah ini.
5. Perangkap
Perangkap menawarkan alternatif tanpa menggunakan bahan kimia atau racun untuk menyelesaikan pelbagai masalah perosak, daripada serangga kepada tikus.
Perangkap tertentu (seperti untuk tikus) berbahaya kepada haiwan peliharaan dan kanak-kanak kecil, jadi ingat perkara ini sebelum menggunakannya.
Kesimpulannya, maklumat yang diberikan di atas harus memberikan anda semua yang anda perlukan untuk memilih jenis kaedah kawalan perosak yang paling berkesan.
Ke semua cara yang diberikan adalah untuk sebarang masalah perosak yang mungkin anda hadapi pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak yakin untuk menggunakan kaedah ini sendiri – atau jika anda merasakan masalah itu telah melampaui kawalan anda – Setia Urusharta boleh membantu anda.
Setia Urusharta boleh membantu anda menyelesaikan situasi ini dengan cara yang tepat pada masanya dan dengan profesional.
Jadi, hubungi Setia Urusharta dengan menekan link di bawah.