1243710-H

penyelenggaraan

Penyelenggaraan Air Conditioner: Kenal Pasti Masalah Dengan Tanda-Tanda Ini

Table of Contents

Aircon di rumah adalah alatan terpenting dalam menyejukkan dan memberikan keselesaan semasa cuaca panas. Sebab itu anda perlu membuat penyelenggaraan berkala.

Penyelenggaraan aircon secara berkala akan mengekalkan keadaan aircon pada tahap terbaik dan berfungsi dengan efisien.

Jadi, kami akan kongsikan manfaat jika anda membuat penyelenggaraan secara berkala ke atas aircon anda dan cara bagaimana untuk mengenal pasti aircon anda rosak atau tidak.

Manfaat Penyelenggaraan Aircon Berkala

penyelenggaraan aircon

1. Hanya memerlukan sedikit repair

Dengan melakukan penyelenggaraan berkala ke atas penghawa dingin di rumah, ini bermaksud hanya sedikit repair saja yang akan diperlukan pada masa akan datang.

Juruteknik perkhidmatan profesional boleh mengesan apa-apa isu sebelum ia menjadi lebih teruk.

Kebiasaannya, juruteknik akan menggantikan beberapa bahagian yang mungkin mempunyai potensi untuk rosak.

Contohnya, jika air filter anda mempunyai masalah, juruteknik akan menggantikan dengan yang baru.

2. Lebih tahan lama

Selain mengurangkan pembaikan, penyelenggaraan berkala boleh memanjangkan jangka hayat aircon anda.

Aircon yang bagus sepatutnya bertahan sehingga sekurang-kurangnya 10 tahun. Tapi, aircon anda boleh juga bertahan sehingga 15 tahun jika anda tidak ter-miss penyelenggaraan tahunan.

Dengan menggantikan bahagian-bahagian yang usang, secara tak langsung anda telah memanjangkan jangka hayat aircon anda.

3. Bil utiliti lagi rendah

penyelenggaraan

Aircon yang berfungsi dengan baik tidak menggunakan elektrik yang banyak. Ini bermaksud, setiap bulan anda hanya menanggung sedikit sahaja bil utiliti.

Jika air filter bersih dan dalaman aircon anda dalam keadaan elok, sistem di dalam aircon anda tak perlu bekerja keras untuk menyejukkan suatu ruangan.

4. Angin indoor lebih berkualiti

maintenance

Air filter yang berhabuk dan tersumbat akan membuatkan aircon anda gagal berfungsi dengan baik.

Tambahan lagi, sistem dalam aircon anda akan gagal memerangkap partikel-partikel berbahaya dalam udara.

Partikel-partikel yang berbahaya untuk sistem respirasi seperti bulu kucing atau anjing, habuk, debunga atau bakteria akan mengurangkan kualiti udara ruangan.

Related Article;

Electrical Contractor: Reasons Why You need To Hire One

Cara Kenal Pasti Aircon Anda Bermasalah

1. Angin kurang sejuk

penyelenggaraan

Bila anda rasa angin aircon anda semakin kurang sejuk, ini bermakna anda perlu check suhu aircon anda.

Pastikan anda telah menukar suhu ke cooling mode, dan tetapkan suhu tersebut lebih rendah dari suhu semasa rumah anda.

Jika angin aircon masih kurang sejuk, aliran udara mungkin tersekat atau kompresor aircon anda bermasalah.

2. Aliran udara semakin teruk

Aliran udara yang teruk adalah petanda biasa aircon anda tidak berfungsi dengan baik atau sedang mengalami blockage.

Air filter tersumbat, motor rosak atau isu yang lebih serius mungkin penyebab kepada aliran udara aircon semakin teruk.

3. Rasa ‘berkedap’

Cuaca Malaysia sememangnya panas dan lembap, tapi tidak bermaksud ruangan rumah anda perlu bersuhu sebegitu juga.

Aircon anda sepatutnya boleh mengawal kelembapan suhu secara automatik.

Jika cooling system aircon anda tidak dapat mengekalkan tahap kelembapan yang sepatutnya, aircon anda perlu diperbaiki.

4. Aircon mengalami kebocoran

Aircon anda bergantung kepada penyejuk untuk menyejukkan ruangan rumah anda dan mungkin menghasilkan pemeluwapan atau wap air semasa ia beroperasi.

Tapi anda perlu ingat, wap air ini tidak boleh terkumpul dan menyebabkan kebocoran.

Air bertakung atau kebocoran aktif di sekeliling aircon adalah tanda serius air cooling system aircon anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Kebocoran akan merosakkan dinding dan barangan di rumah anda.

5. Bau busuk

Jika anda terbau bau yang tidak menyenangkan dan mengesyaki ia datang dari aircon anda, anda perlu baiki aircon anda segera sebelum menjadi bau yang lebih teruk.

6. Aircon berbunyi kuat

Aircon versi terkini hanya mengeluarkan sedikit bunyi sahaja semasa dibuka dan ditutup.

Tetapi, bunyi yang kuat dan secara tiba-tiba membawa kepada tanda masalah besar terjadi di cooling system anda.

Sebagai contoh, anda terdengar bunyi seakan bergegar atau berdesing menandakan ada bahagian longgar.

Manakala, bunyi bergeser atau sekaan bersiul menandakan masalah lebih serius.

Masalah sebegini tidak akan hilang begitu sahaja dengan membaiki sendiri, sebaiknya upah juruteknik profesional untuk mengenalpasti dan membaikinya.

Kesimpulannya, penyelenggaraan aircon secara berkala adalah penting untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan anda dapat menikmati ruangan rumah yang kekal sejuk sepanjang masa.

Jika anda dapati unit aircon anda mengalami tanda-tanda di atas, penting untuk anda mengupah juruteknik berkelayakan untuk memeriksa dan membaikinya.

Jadi, pastikan anda mencari dan mengupah juruteknik yang betul-betul berkelayakan.

Jika anda sedang mencari juruteknik aircon yang berkualiti dan tahu selok-belok dalam penyelenggaraan aircon, Setia Urus Harta adalah destinasi anda!

setia urusharta

Jangan risau, team di Setia Urus Harta amat menjaga dan mengekalkan servis pada standard tertinggi dari segi penyelenggaraan.

Semua pelanggan kami sangat berpuas hati dengan servis kami.

Selain daripada penyelenggaraan aircon, kami juga menyediakan penyelenggaraan untuk:

  • Sistem perlindungan kilat
  • Sistem Fire Fighting
  • Teknologi maklumat dan komunikasi
  • Kerja-kerja elektrikal seperti light fitting, DB installation dan sebagainya
  • Air, saliran dan perpaipan

Tunggu apa lagi, hubungi kami!

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email