Bagaimana bangunan mampu melindungi dirinya daripada ancaman yang berbahaya seperti kebakaran?
Sistem penggera kebakaran (fire alarm system) dan sistem memadam kebakaran (fire fighting system) adalah dua komponen penting dalam keselamatan kebakaran dalam bangunan.
Meskipun keduanya berkaitan dengan perlindungan yang sama, terdapat perbezaan utama di antara sistem tersebut.
Ikuti artikel ini untuk perkongsian yang lebih lanjut.
Sistem Penggera Kebakaran (Fire Alarm System)
Sistem penggera kebakaran adalah sistem yang dirancang untuk mengesan tanda-tanda awal kebakaran dan memberikan amaran.
Ini melibatkan penggunaan pengesan asap, haba berlebihan, atau nyalaan yang dipasang di kawasan dalam bangunan.
Apabila pengesan ini mengesan tanda-tanda bahaya, isyarat dihantar ke panel kawalan pusat.
Panel ini kemudian menganalisis isyarat tersebut dan mengaktifkan amaran, seperti bunyi alarm atau lampu berkedip.
Ia untuk memberi amaran kepada kawasan itu supaya boleh mengambil tindakan keselamatan dan meninggalkan bangunan.
Kelebihan Sistem Penggera Kebakaran
Dengan memberikan pengesanan awal, sistem ini membolehkan tindakan segera diambil.
Maka, lebih mudah untuk mengawal dan memadamkan kebakaran sebelum menjadi lebih teruk.
Ia juga membantu dalam menjimatkan kos pemulihan dan pembaikan bangunan selepas kebakaran.
Selain itu, sistem ini memastikan orang ramai di bangunan itu tahu tentang ancaman dan dapat mengambil tindakan proaktif.
Sistem Pemadam Kebakaran (Fire Fighting System)
Satu sistem penting yang direka khas untuk mengendalikan dan memadamkan kebakaran dengan cekap apabila ia berlaku.
Sistem ini melibatkan pelbagai peralatan dan peranti yang direka untuk memerangi kebakaran dan mengawal penyebarannya.
Ia terdiri daripada tiga bahagian asas yang berperanan penting dalam menjalankan fungsi sistem pemadam kebakaran:
Simpanan Air Tangki Kebakaran
Tangki penyimpanan air besar dipasang di bawah tanah atau di atas bangunan untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk digunakan dalam situasi kebakaran.
Bekalan air ini diperlukan untuk memadamkan kebakaran dan memastikan sistem beroperasi dengan berkesan.
Sistem Pam Khas
Sistem pam dirancang secara khusus untuk mengepam air daripada tangki penyimpanan ke sistem paip.
Ini penting kerana air perlu disalurkan dengan tekanan yang mencukupi untuk mencapai kawasan kebakaran dengan cepat.
Rangkaian Paip dan Peralatan Tambahan
Sistem paip yang meliputi di seluruh bangunan dan kawasan sekitar menghubungkan tangki air penyimpanan dengan tempat keluaran air, seperti hidran atau sistem penyiram.
Hidran dan sistem penyiram adalah alat penting yang membekalkan air kepada pasukan pemadam kebakaran untuk memadamkan api.
Hidran membantu pasukan pemadam kebakaran mendapatkan air dengan cepat, manakala sistem penyiram melepaskan air secara automatik apabila suhu meningkat akibat kebakaran.
Baca Juga: Cara “Upgrade” Sistem Wiring Rumah
Sistem Pemadam Kebakaran yang Utama
Fire Hydrant
Hidran kebakaran adalah titik keluaran air yang disediakan untuk pasukan pemadam kebakaran.
Ini membolehkan mereka mendapatkan bekalan air dengan cepat untuk memadamkan api.
Sprinkler
Sistem penyiram automatik atau sprinkler merupakan pemasangan paip yang terhubung dengan sumber air dan mempunyai sprinkler di hujungnya.
Apabila suhu meningkat akibat kebakaran, sprinkler tersebut akan mengeluarkan air untuk memadamkan api secara automatik.
Fire Extinguisher
Alat pemadam kebakaran ini merupakan peranti mudah alih yang boleh digunakan oleh individu dalam memadamkan api pada peringkat awal sebelum kebakaran merebak.
Fire Pump
Pam kebakaran berfungsi untuk mengepam air dari tangki penyimpanan ke rangkaian paip dengan tekanan yang mencukupi untuk mengatasi kebakaran.
Dengan sistem pemadam kebakaran yang terancang dengan baik dan berfungsi dengan efisien, bangunan akan dilindungi dari ancaman kebakaran.
Dalam masa yang sama, ia dan memberi masa tambahan untuk evakuasi serta tindakan pemadam kebakaran.
Kelebihan Sistem Pemadam Kebakaran
Perlindungan Nyawa dan Harta Benda
Sistem pemadam kebakaran memberikan perlindungan yang penting terhadap nyawa manusia dan harta benda.
Dengan pemadaman awal dan berkesan, risiko cedera dan kerugian harta benda dapat diminimumkan.
Pemadaman Cepat dan Berkesan
Sistem ini membolehkan pemadaman yang cepat dan berkesan terhadap kebakaran sebelum ia merebak.
Ini membantu menghalang penyebaran kebakaran dan mencegah kerosakan lebih teruk.
Tindak Balas Automatik
Banyak sistem pemadam kebakaran dilengkapi dengan teknologi automatik yang mengesan kebakaran secara automatik dan memulakan tindakan pemadaman tanpa campur tangan manusia.
Ini mempercepat masa tindak balas dan mengurangkan risiko.
Pencegahan Penyebaran Kebakaran
Sistem ini membantu menghalang penyebaran kebakaran ke kawasan lain dalam bangunan.
Ini membantu memastikan kawasan yang terjejas terhad dan mengurangkan risiko kebakaran kepada kawasan lain.
Pemadaman Spesifik
Sesetengah sistem pemadam kebakaran dilengkapi dengan peralatan khas untuk memadamkan jenis kebakaran tertentu, seperti kebakaran elektrik atau minyak.
Ini memastikan pemadaman yang lebih berkesan tanpa menyebabkan kerosakan tambahan.
Kesimpulan
Perbezaan utama antara kedua sistem ini adalah sistem penggera kebakaran memberikan amaran awal tentang kebakaran kepada penghuni.
Manakala, sistem pemadam kebakaran merangkumi peralatan dan peranti untuk mengendalikan dan memadamkan kebakaran apabila ia berlaku.
Kedua-dua sistem ini amat penting untuk menjaga keselamatan bangunan dan orang didalamnya daripada ancaman kebakaran.
Pemilik perniagaan perlu melengkapi lot kedai/bangunan dengan peralatan keselamatan kebakaran mengikut garis panduan.
Selain itu, mereka mestilah memastikan bahawa peralatan tersebut diselenggara pada setiap tahun.
Setia Urusharta ada menawarkan perkhidmatan building service dalam sistem pemadam kebakaran atau fire fighting system.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang sistem pemadam kebakaran di bangunan, tekan link dibawah.