Wiring rumah memainkan peranan penting dalam mengalirkan arus elektrik ke outlet, suis dan lekapan di rumah.
Jenis wiring yang digunakan oleh rumah perlu diambil kira kerana ia akan mempengaruhi tahap keselamatan rumah dan keefisienan sistem elektrik rumah anda.
Jadi, dalam artikel ini akan membincangkan beberapa jenis wiring rumah, cara ‘upgrade’ wiring rumah dan langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja wiring rumah.
Jenis-Jenis Wiring Rumah
Sebelum memulakan kerja-kerja wiring rumah, lebih elok untuk anda ketahui jenis wayar yang ada terlebih dahulu.
1. Kabel NM
Kabel NM adalah sejenis wiring yang direka untuk kegunaan dalaman, lebih-lebih lagi di kawasan kering.
NM adalah jenis wiring biasa dijumpai di rumah-rumah moden.
Wayar ini biasanya mempunyai dua atau lebih wayar individu dibaluti dengan sarung plastik pelindung.
Wayar ini juga mempunyai satu atau lebih wayar “hot” (pembawa arus), wayar neutral, dan wayar tanah.
Kegunaan wayar ini selalu untuk pemakaian di sebalik dinding oleh kerana ia lebih murah dari menggunakan conduit.
2. Kabel UF
Kabel Underground Feeder (UF) adalah kabel bukan logam yang sesuai digunakan untuk kawasan lembap dan penggunaan langsung dalam tanah.
Kebiasaannya, kabel ini digunakan untuk menjana kuasa peranti luaran seperti tiang lampu.
Tidak seperti kabel NM, kabel ini dibaluti dengan balutan plastik pepejal di sekeliling kabel tersebut.
Kabel ini juga penebat yang lebih tahan lama dari kabel NM. Padanlah harganya juga lebih mahal dari jenis kabel yang lain.
3. Wayar THHN/THWN
THHN dan THWN adalah kod-kod untuk dua jenis wayar bertebat yang paling biasa digunakan di dalam konduit.
Tidak seperti kabel NM, wayar-wayar ini hanya mempunyai satu konduktor sahaja, di mana setiap satu mempunyai penebat warna berkod.
Wayar-wayar ini selalu digunakan di kawasan yang separa siap, seperti ruang bawah tanah dan garaj.
4. Wayar voltan rendah
Wayar voltan rendah digunakan untuk litar yang hanya memerlukan 50 volts atau kurang dari itu.
Wayar jenis ini selalu digunakan di wayar lampu landskap, sambungan sistem pemercik, loceng pintu, sistem pembesar suara dan termostat.
Selari dengan namanya, wayar voltan rendah hanya digunakan untuk aplikasi voltan rendah sahaja.
Renjatan serius jarang berlaku pada wayar voltan rendah, tapi anda masih disarankan untuk tutup peranti selepas menggunakannya.
Cara Upgrade Sistem Wiring Rumah
1. Memanjangkan litar sedia ada
Memanjangkan litar sedia ada sangat mudah.
Untuk memanfaatkan litar sedia ada, anda perlu mempunyai kedua-dua wayar panas dan neutral yang bersambung terus dengan sumber tenaga di panel servis.
Mana-mana suis, bekas atau lekapan lampu boleh akses boleh digunakan.
2. Menambah litar baru
Jika litar sedia ada tidak mampu menampung load baru, satu cara lain ialah menambah satu litar baru.
Walau bagaimana pun, penting juga untuk anda mengetahui jumlah ke semua load rumah anda beserta load baru untuk memastikan anda boleh menambah litar baru.
3. Pasang subpanel
Cara terakhir, lebih ekstensif untuk upgrade wiring rumah anda adalah menambah satu subpanel.
Jumlah subpanel yang anda boleh tambah adalah tidak terhad, selagi mana load tidak melebihi rating servis.
Dengan menambah subpanel di kawasan penggunaan tinggi, anda akan menghalakan semua cawangan litar dari subpanel-subpanel dan bukan menghalakan semua litar dari panel service-entrance.
Cara ini lebih pendek, menjimatkan kos dan masa.
Baca Juga;
Want to Know Where to Get LBS Supply and Installation? Read more!
Keselamatan Semasa Melakukan Wiring Rumah
1. Tutup suis utama
Sebelum memulakan kerja wiring rumah, pastikan anda tutup semua suis.
Lebih-lebih lagi suis yang terlibat dengan litar yang anda sedang membuat kerja-kerja wiring.
2. Guna alatan yang sesuai
Pastikan anda mempunyai tools atau alat yang sesuai untuk kerja wiring ini.
Alat asas yang wajib ada adalah seperti playar hidung jarum, pemotong wayar, penarik kabel & wayar, fish & colored tapes, penguji voltan, penguji kesinambungan, gerudi elektrik & right angle drill.
3. Berhati-hati ketika pegang
Jangan sesekali menyentuh paip gas semasa menjalankan kerja melibatkan elektrik.
Ini kerana bersentuhan secara terus dengan sistem elektrik boleh menyebabkan arus mengalir melalui badan, mengakibatkan kejutan elektrik dan melecur.
4. Beli part yang betul
Jika anda memasang receptacles, pastikan yang baru sesuai dengan wiring di rumah.
Receptacles yang mempunyai stem AL-CU bermaksud ia boleh digunakan di wiring aluminium dan tembaga.
Tapi, untuk yang tidak bertanda atau ada tanda seolah dipotong di sekeliling AL tersebut, maknanya da hanya boleh menggunakan wiring tembaga saja.
5. Sertakan Junction Box
Jangan sesekali menyambung semua wayar bersama-sama dan menyembunyikan semua wayar di belakang dinding tanpa junction box.
Hal ini junction box berguna untuk melindungi semua wayar daripada kerosakan fizikal di belakang dinding.
Kesimpulannya, banyak jenis wayar yang anda perlu ketahui sebelum anda memulakan kerja-kerja wiring rumah.
Bila melakukan kerja-kerja wiring rumah, pastikan anda berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan masalah atau kerugian.
Jika susah untuk anda lakukan sendiri, Setia Urus Harta boleh buat untuk anda!
Setia Urus Harta berdedikasi dalam menyediakan Pengurusan Fasiliti Bersepadu dan Kemudahan Sambungan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Team kami terdiri daripada profesional yang berdedikasi dan sangat pakar dalam kerja-kerja wiring rumah.
Tidak perlu susahkan diri, hire kami sekarang!